Top 5 Blog Malaysia 2016 Edisi rotiBeku
Dengan rasminya aku mulakan post dalam blog rotiBeku ini dengan menyenaraikan 5 blog terbaik di Malaysia tahun 2016 menurut pemerhatian dan pemahaman aku sendiri. Secara jujurnya payah hendak pilih blog mana yang terbaik kerana sekarang tiada lagi penanda aras (benchmark) yang objektif boleh aku gunakan seperti Alexa dan Google Pagerank. Jadi pilihan aku banyak berdasarkan Malaysia Social Media Week Awards, pengikut di Facebook, Page Indexed dalam Search Engine dan perasaan peribadi. Senarai 5 Blog popular di Malaysia pilihan Roti Beku Blogserius.blogspot.com ~ Trivia dan Fakta ~ Obefiend Blog yang serius tentang informasi dan fakta menarik diserata dunia. Lebih dari 7000 artikel dan lebih dari 10,000 pengikut dari profail google. Tahun 2011 dulupun blog ini dah cecah lebih dari 40 juta pageviews, sekarang dah tahun 2016, aku tak tahula berapa juta lagi pageviews bertambah. Denaihati.com ~ Motivasi dan Blogging ~ denaiHati Network Blog yang bagus tentang dunia blogging ...