Ulasan drama bersiri Dirk Gently's Holistic Detective Agency
Sementara menunggu Boston Major, boleh aku ulas sikit berkenaan drama bersiri Dirk Gently's Holistic Detective Agency yang bagi aku memang menarik otak! Drama ni diadaptasi dari novel nukilan Douglas Adams, judul novel sama dengan judul drama ni. Drama dalam genre detektif berunsurkan Science fiction (sci-fi). Kisah berkisar tentang pengembaraan Dirk Gently (Samuel Barnett), penyiasat pelik dengan ditemani oleh Todd Brotzman (Elijah Wood) yang acuh tak acuh jer nak ikut Dirk. Tak banyak sangat aku boleh tulis pasal cerita ni tanpa spoil, bagi aku drama ni kelakar, banyak unsur kejutan dan jalan cerita yang menarik. Drama ini mula bersiaran di Amerika sejak 22 Oktober 2016 melalui saluran BBC Amerika, sayangnya di Malaysia tiada lagi. Tetapi mengikut sumber dari wikipedia, Netflix akan menyiarkan drama ini bermula 11 Disember nanti untuk kawasan diluar Amerika. Info trivia, novel Dirk Gently pernah diadaptasi sebelum ini ke drama bersiri pada tahun 2012, dengan episod pilot pad...