Ulasan drama bersiri Dirk Gently's Holistic Detective Agency

Poster Dirk Gently's Holistic Detective AgencySementara menunggu Boston Major, boleh aku ulas sikit berkenaan drama bersiri Dirk Gently's Holistic Detective Agency yang bagi aku memang menarik otak! Drama ni diadaptasi dari novel nukilan Douglas Adams, judul novel sama dengan judul drama ni. Drama dalam genre detektif berunsurkan Science fiction (sci-fi). Kisah berkisar tentang pengembaraan Dirk Gently (Samuel Barnett), penyiasat pelik dengan ditemani oleh Todd Brotzman (Elijah Wood) yang acuh tak acuh jer nak ikut Dirk.

dirk gently and todd brotzman
Tak banyak sangat aku boleh tulis pasal cerita ni tanpa spoil, bagi aku drama ni kelakar, banyak unsur kejutan dan jalan cerita yang menarik. Drama ini mula bersiaran di Amerika sejak 22 Oktober 2016 melalui saluran BBC Amerika, sayangnya di Malaysia tiada lagi. Tetapi mengikut sumber dari wikipedia, Netflix akan menyiarkan drama ini bermula 11 Disember nanti untuk kawasan diluar Amerika.

Info trivia, novel Dirk Gently pernah diadaptasi sebelum ini ke drama bersiri pada tahun 2012, dengan episod pilot pada tahun 2010. Tetapi ditamatkan oleh BBC selepas hanya bersiaran untuk 3 episod sahaja. Untuk Dirk Gently kali ini pula, BBC Amerika sudah pun perharui kontrak dengan tambahan 10 episod lagi di Season 2 walaupun Season 1 masih belum lagi tamat.

pelakon Dirk Gently siri tahun 2012
Kalau bagi siapa yang minat siri drama seperti Doctor Who, Sherlock dan Supernatural, anda mungkin tertarik dengan jalan cerita bersiri Dirk Gently. Antara penulis dalam drama Dirk Gently yaitu Robert Cooper semasa Comic-Con di San Diego
It’s a combination of Supernatural, Sherlock, and Doctor Who, We’re like, Super-Sher-Who
Jadi, bagi kipas susah mati Super-Sher-Who boleh cuba menonoton drama Dirk Gently di Netflix nanti. Semasa aku tulis post ni, Dirk Gently sekarang menunggu episod ke 8 untuk musim pertama. Bagi yang akan menonton drama ni, episod pertama tu macam-macam persoalan akan timbul, ramai yang kata episod ni pelik dan penuh persoalah yang akan dirungkai sepanjang perjalanan Dirk Gently.

Jom layan pratonton Dirk Gently's Holistic Detective Agency



Sumber: wikipedia, radiotimes dam IMDb

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016