Langkau ke kandungan utama

Team OG ditabal Juara DoTa 2 di The Boston Major 2016

Pada 11 Disember 2016 waktu malaysia, Team OG ditabalkan Johan DotA 2 dalam The Boston Major 2016.

Team OG menewaskan pasukan AdFinem dengan 3:1 dalam siri best of 5. Walaupun game 1 dan game 2 didominasi oleh OG, game 3 memberi harapan kepada penyokong AdFinem

Game 3, hampir 80 minit penuh dengan aksi, kejutan, debaran dan emosi. Aku pun tengok dalam rumah sorang diri menjerit beri sokongan kepada AdFinem

Bukan setakat penonton di Wang Theater yang bersorak, malah pengulas pun sampai menjerit sekali disaat akhir game 3 itu. Aku sendiri tak senang duduk dibuatnya.

Aku sertakan sekali video pendek dibawah, saat dimana MNT dari AdFinem cuba menghancurkan throne pihank lawan


Game 4 kembali didominasi semula oleh OG dengan berkesudahan OG ditabalkan juara The Boston Major. Team OG membawa pulang USD$ 1,000,000 (RM 4,426,000.00), AdFinem pula RM 2,213,000.00 (USD$ 500,000)

4 Kejohanan Major dianjurkan Valve setakat ini, dan Team OG berjaya menjuarai 3 daripadanya. Satu-satunya team yang berjaya merangkul lebih dari satu kejohanan DotA anjuran Valve sendiri.


Peringkat separuh-akhir The Boston major


Sebelum final, tentunya ada separuh-akhir. Pukul 11 malam tadi, 10 Disember 2016, perlawanan separuh akhir pertama dimulakan antara Team OG menentang Evil Geniuses.

Dan Adfinem menentang Digital Chaos, format separuh akhir best of 3. Jujurnya aku tidur semasa peringkat separuh akhir dengan harapan bangun tengok Adfinem dan Team OG di final.

Fuf, bangun jer memang betul, Team OG menang dengan Evil Geniuses 2:0 dan Adfinem menang dengan Digital Chaos 2:0 jugak.

Perjalanan The Boston Major kali ni diaturkan oleh pihak PGL memang terbaik, penuh dengan content yang menarik diisi antara ruang masa siri ke siri yang lain.

@SirActionSlacks dengan pelbagai video pendek yang menarik menghiburkan penonton di rumah dan di theater. Antara Major terbaik setakat ini.


Pengumuman Patch 7.00


Sebelum menutup kejohanan DotA 2, The Boston Major, ada satu video menarik yang menyatakan pagi esok akan keluar patch baru dan besar!

Sejak tahun 2005, patch 6.01 diperkenalkan, hampir 12 tahun DotA berovolusi tapi kekal dengan patch 6.XX tapi kali ni sampai masa untuk 7.00.


Jadi The New Journey yang diumumkan dulu Valve semasa kejohanan The International mungkin disertakan sekali dengan patch baru ni, dan mungkin sekali dengan hero baru Monkey King

Ramai yang jangkakan perubahan besar dalam gameplay akan diperkenalkan dalam patch 7.00 dan aku sendiri dah tak sabar lagi menunguuuU!

Pub-Game memang mengancam jiwa dan raga lagi selepas ini. Boleh semak di DotA2.com/700

Jangan lupa, The Kiev Major 2017 bulan April 2017 nanti!

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

Adakah Google tahu dimana anda berada sekarang? Apakah minat kita juga diketahui Google? Dimana google simpan setiap perkataan yang kita pernah taip di Google chrome? Telefon terlupa letak kat mana?

8 link Google yang penting
Google sentiasa merekodkan semua data kita dalam produk google yang kita gunakan secara sedar atau tidak. 8 link ini boleh kita gunakan untuk melihat balik apa yang google simpan.

1. passwords.google.com

Google simpan rekod username dan password yang kita masukkan dipelbagai laman web semasa Google Chrome atau Android.

Google sediakan laman web untuk kita semak semua rekod ini semula.


2. google.com/android/devicemanager

Kita boleh gunakan link ini untuk tengok cek Smartphone Android berdaftar dengan akaun kita.

Boleh gunakan untuk cari lokasi semasa smartphone kita kalau phone tu tengah hidup dan ada sambungan internet. Boleh macam miss call lagi phone tu.

Boleh juga gunakan untuk kunci dan padam data sekiranya phone kita hilang.

3. accounts.google.com/SignUpWitho…

Download Update terbaru DotA 2 Patch 7.00 di Main Client

Lebih kurang pukul 8:30 pagi tadi, 13 Disimber 2016, patch 7.00 DotA 2 sudah boleh dikemaskini di Main Client. IceFrog sendiri yang tweet buat pengumuman.


Jadi aku pagi tadi semak saiz update lebih kurang 6.1 GB, dengan kelajuan internet rumah aku hanya boleh download 120 KB/s, aku perlukan lebih kurang 15 jam, aiyaa!

Perubahan dalam pacth amat ketara berbanding patch sebelum ini seperti aku tulis dalam post Final Major Boston. Jadi memang betul la. Aku tak dapat tulis semua perubahan dalam dota 2 dekat sini, boleh rujuk laman web dota2.com/700

5 kategori perubahan besar DotA 2 dalam Patch 7.00
1. Hero Baru - Monkey King

Dalam page ini ada lore mengenai Monkey King, Komik, Set Terrain dan Arcana baru.

2. HUD Baru

Dengan kata lain perubahan besar dari segi interface, iaitu rupa bentuk game tu sendiri contohnya minimap, top bar, list kedai, courier, inventory dan lain-lain

3. Pra-Game Baru


Ada perubahan semasa fasa pemilihan game, dengan pelbagai info berguna untuk membuat keputusan dan 3…

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016

Baru ini dah berlangsung peringkat kumpulan pada 3 hingga 5 Disember 2016. 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan sistem double elimination untuk menentukan seed masing dalam pusingan penyingkiran. Boston Major kali ini terdiri daripada 8 pasukan jemputan dan 8 lagi pasukan menerusi peringkat kelayakkan dalam wilayah masing2. Warrior Gaming United (WG.U) dari Malaysia antara yang layak ke Boston Major menerusi kelayakkan peringkat Asia Tenggara (SEA).

Pada asalnya, pasukan Execration dari Filipina dijemput untuk menyertai Boston Major tetapi terpaksa digantikan dengan pasukan LGD Gaming kerana masalah Visa. Adam Erwann Shah "343" Akhtar Hussein dari Malaysia antara yang mewakili Execration juga terlepas dari menghadiri Boston Major. Kejohonan ini dianjur oleh pihak Valve sendiri yang mana merupakan siri pertama untuk Kalendar 2016/2017. Pasukan yang selalu menjadi sumber inspirasi pemain Dota 2 di Malaysia yaitu Fnatic juga gagal layak selepas kalah diperingkat kela…