Download Update terbaru DotA 2 Patch 7.00 di Main Client

Lebih kurang pukul 8:30 pagi tadi, 13 Disimber 2016, patch 7.00 DotA 2 sudah boleh dikemaskini di Main Client. IceFrog sendiri yang tweet buat pengumuman.


Jadi aku pagi tadi semak saiz update lebih kurang 6.1 GB, dengan kelajuan internet rumah aku hanya boleh download 120 KB/s, aku perlukan lebih kurang 15 jam, aiyaa!

Perubahan dalam pacth amat ketara berbanding patch sebelum ini seperti aku tulis dalam post Final Major Boston. Jadi memang betul la. Aku tak dapat tulis semua perubahan dalam dota 2 dekat sini, boleh rujuk laman web dota2.com/700

5 kategori perubahan besar DotA 2 dalam Patch 7.00


1. Hero Baru - Monkey King

Dalam page ini ada lore mengenai Monkey King, Komik, Set Terrain dan Arcana baru.

2. HUD Baru

Dengan kata lain perubahan besar dari segi interface, iaitu rupa bentuk game tu sendiri contohnya minimap, top bar, list kedai, courier, inventory dan lain-lain

3. Pra-Game Baru


Ada perubahan semasa fasa pemilihan game, dengan pelbagai info berguna untuk membuat keputusan dan 30 saat untuk fasa strategi. Fasa strategi penting untuk pasukan berbincang keputusan kedudukan laning masing-masing

4. Gameplay Baru - Perubahan paling besar dalam sejarah DotA 2 setakat yang aku tahu.

Antara yang berubah iaitu cara hero menggunakan level yang diperolehi. Talent tree diperkenalkan untuk setiap hero dalam DotA 2. Backpack, slot tambahan dibawah inventory.

Perubahan besar lain dalam peta DotA, kedududukan roshan, tambahan camp dalam hutan, masa setiap camp respawn dan pelbagai lagi.

Banyak lagi perubahan dari segi ilusi hero, creep, Item, mekanik dan lain-lain.

5. Sampingan

Script API baru untuk artificial intelligence dalam DotA 2 yang biasa dipanggil bots diberi akses kepada umum dan hasil kerja mereka boleh diupload ke Workshop. Jadi semua pemain DotA boleh mencuba pelbagai pilihan bot.

Remodel 3 hero diperkenalkan iaitu Viper, Slardar dan Enigma. Dan akhir sekali showcase view yang lebih real dan menawan diperlihatkan.

Seperti aku kata dari awal tadi, aku tak tulis semua perkara dalam 7.00 ini kerana mustahil untuk aku cover dalam blog macam ni. Semak dan baca patch note yer, bagi yang malas membaca boleh tengok video dalam youtube atau twitch, ada banyak guide untuk patch baru ni.

Siap download update?

Mungkin ada banyak bug yang kita terpaksa hadapi 2-3 hari ini, itu perkara biasa terutamanya untuk patch sebesar kali ni. Macam-macam komplen dari komuniti reddit/r/DotA2 tentang patch kali ni.

Sejujurnya, aku sokong perubahan baru dalam DotA 2, kerana evolusi penting dalam semua game kalau tidak tentu bosan kan?

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016