Blog baru perlukan sokongan daripada anda semua! Ikuti RotiBeku di laman sosial untuk mendapatkan artikel terbaru! Jangan lupa tinggalkan komen dan boleh hubungi melalui email di dekulife@gmail.com

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

Adakah Google tahu dimana anda berada sekarang? Apakah minat kita juga diketahui Google? Dimana google simpan setiap perkataan yang kita pernah taip di Google chrome? Telefon terlupa letak kat mana?

8 link Google yang penting


Google sentiasa merekodkan semua data kita dalam produk google yang kita gunakan secara sedar atau tidak. 8 link ini boleh kita gunakan untuk melihat balik apa yang google simpan.

1. passwords.google.com

Google simpan rekod username dan password yang kita masukkan dipelbagai laman web semasa Google Chrome atau Android.

Google sediakan laman web untuk kita semak semua rekod ini semula.


2. google.com/android/devicemanager

Kita boleh gunakan link ini untuk tengok cek Smartphone Android berdaftar dengan akaun kita.

Boleh gunakan untuk cari lokasi semasa smartphone kita kalau phone tu tengah hidup dan ada sambungan internet. Boleh macam miss call lagi phone tu.

Boleh juga gunakan untuk kunci dan padam data sekiranya phone kita hilang.

3. accounts.google.com/SignUpWithoutGmail

Boleh gunakan untuk buat akaun Gmail dengan menggunakan email yang kita dah ada, contoh email yahoo atau hotmail.

Jadi username kita nanti bukan lagi contoh@gmail.com, boleh jadi contoh@yahoo.com dan lain2 lagi email.

4. google.com/maps/timeline

Ada Google Map dalam Phone Andorid atau Iphone? Aplikasi Google Maps secara diam menghantar data seperti lokasi dan halaju kita ke server Google.

Kita boleh cek semua lokasi yang pernah direkodkan dalam Google Maps dan boleh ambil data ini. Sekarangpun kita boleh Turn OFF Location History kalau taknak google simpan rekod kita.

5. support.google.com/legal/

Yang ni untuk report kepada Google kalo ade kandungan kita yang digunakan secara tidak sah, kes DMCA.

6. google.com/takeout

Kita juga boleh ambil data dari Google Photo, Google Doc, Gmail messages, YouTube dan banyak lagi.

Data boleh dihantar dalam ZIP melalui link ke email, Google Drive, Dropbox atau OneDrive.


7. google.com/settings/ads

Google akan buat profil kita berdasarkan laman web yang kita lawati, teka umur kita, jantina dan minat kita untuk mereka paparkan iklan dalam laman web kita lawati.

Boleh cek link ini untuk tengok macam mana google lihat kita berdasarkan rekod ini semua.

8. youtube.com/feed/history | history.google.com/history/audio | history.google.com/

Kita boleh gunakan link ini untuk cek rekod pencarian dalam Google dan Youtube.

Nak tahu lagi Tip Google yang berguna? Ikut kami di social media, jadi post2 baru akan terus ke social media anda.

Ikut kami di Facebook atau Twitter atau Google +