Cara atasi virus atau malware

Lazimnya kalau komputer diserang anasir jahat, kita akan salahkan virus padahal yang bersalah mungkin malware jenis lain. Virus merupakan sebahagian dari Perisian perosak atau dalam bahasa inggeris Malicious Software dengan singkatan Malware. Komputer, laptop, telefon pintar, telefon kurang pintar dan semua jenis perkakas yang mengandungi sistem operasi boleh diceroboh dan dirosakan oleh malware.

Siapakah gerangan Malware?


Malware direka dengan tujuan yang biasanya mendatangkan mudarat kepada pengguna atau mangsa dengan cara menceroboh dalam sistem scara terus, sembunyi ataupun menyamar. Kalau kita tahu jenis malware ini dan kita tahu cara mereka datang, sekurangnya kita boleh mencegah sebelum kena. Aku sediakan infografik ringkas tentang jenis malware yang biasanya menyasarkan pengguna secara umum.


Sumber gambar dan rujukan istilah dari veracode.com. Jadi bagaimana mengatasi masalah malware ni semua? sebelum tu kita kene tahu macam mana malware ni boleh sampai kepada pengguna. Secara umumnya, kita sendiri yang berikan kebenaran kepada malware ni singgah dalam sistem kita secara tidak langsung kadangkala secara langsung.

Sebagai contoh, spyware dan adware biasanya terdapat dalam aplikasi percuma yang kita muat turun dari internet dari sumber yang kurang dipercayai. Semasa proses pasang aplikasi tu, biasanya ada perisian tambahan yang dipasang tanpa pengetahuan seperti toolbar dalam pelayar intenet (browser). Adware biasanya menyebakan iklan timbul (popup) yang menyerabutkan semasa kita browser walaupun halaman tu tiada popup. Spyware pula dalam kebanyakkan kes merekod cookies dari browser tanpa kebenaran. Kes yang terkenal sekarang, Gooligan, malware yang menyerang sistem android, detail termasuk list apklikasi yang dipercayai terjangkit dengan kuman ni ada di blog.checkpoint.com

Sekarang banyak isu malware jenis ransomware, terbaru kes sistem tiket keretapi di San Francisco digodam dan meminta wang tebusan sebanyak 100 bitcoin, detail boleh rujuk di http://www.inc.com. Dalam kes malware jenis worm pula kita boleh ambil contoh dari Stuxnet. Siapa yang tengok cerita Zeroday mungkin boleh faham detail lagi. Stuxnet dipercayai direka oleh Amerika-Israel untuk menyerang sistem nuklear Iran pada zaman tu, berita ringkas di Sinarharian

Sekarang ni ramai yang gunakan smartphone keluaran dari China, banyak aplikasi yang kita tak perlukan sedia terpasang, dipanggil Bloatware. Bloatware bukanlah dalam kateogeri malware sebab dia tiada niat jahat untuk merosakan sistem kita walaupun secara tidak langsung boleh memberatkan sistem dan mata kita yang serabut dengan banyak aplikasi yang tak penting ini. Kalau boleh disable, baik disable, kalau boleh buang, buang jer la labu.

Cara mencegah malware


Secara asasnya malware ni boleh sampai bila kita sendiri yang jemput mereka ni semua datang ke sistem kita. Cara terbaik biar kita jadi paranoid bila jumpa benda yang kita tak tahu dari mana datangnya atau dari sumber yang kita was-was. Sebagai contoh bila nak muat turun sesuatu file dari internet sebolehnya ambil dari sumber yang dipercayai, kalau website tu banyak sangat pop-up iklan mengarut guna ad blocker seperti ublock origin, kalo tak lepas jugak, keluar jer dari website tu.

Bila buka email pula, jangan main klik jer pautan (link) atau lampiran (attachment) terutamanya email spam, biasanya email skim cepat kayap dan sewaktu denganya. Bila pasang aplikasi percuma sebolehnya baca dulu apa yang nak dipasang aplikasi tu sebab kebanyakkan aplikasi percuma akan pasang adware, jangan terus menerus klik next lepas next, tengok dan baca dulu.

Yang penting gunalah perisian anti-malware, kalau guna sistem operasi windows original boleh gunakan Windows Defender (nama lain Windows Security Essential) dan jangan sesekali tak kemaskini (update), Kalau ada anti-malware tapi tak update pun tak guna, dan kalo tak pernah scan pun tak guna. Kalau anti-malware berbayar yang bagus aku rekomen Eset sebab bagus dan ringan jadi tak berat sistem bila proses dia berjalan.

Sekarang ni pun banyak kes malware melibatkan android, sejujurnya aku tak rekomen guna mana-mana aplikasi anti-malware sebab keberkesannya tak terbukti. Malware dalam android kebanyakkan perlukan root access untuk bergerak bebas tanpa kita sedar jadi kalau smartphone anda root, berhati-hatilah pasang aplikasi dari sumber selain google play store. Kebanyakkan malware menyerang android yang menggunakan Lolipop dan Kitkat, manakala Marshmallow dan Nougat masih menerima security patch dari Google jadi kurang sikit risikonya tapi kalau dah root risiko pun tinggi.

Masalah malware memang berterusan dan makin lama makin banyak, mengikut laporan AV-test, mereka menerima hampir 200,000 contoh malware setiap hari sepanjang 12 bulan lepas


Zaman sekarang ni banyak urusan yang kita buat secara online terutamanya banking dan media social. Urusan perbankan secara online memang mudah tapi jangan sampai masuk jerat penjenayah cyber ni yang gunakan website phishing untuk dapatkan detail login kita. Kes ni biasanya dari open network contohnya hotspot wifi percuma atau sistem network kita sendiri yang diceroboh.

Untuk menutup post ni, aku cuma nasihatkan kita semua berwaspadalah, biar paranoid sikit pun tak apa kerana jerat tak pernah lupakan mangsa. Post akan datang mungkin banyak lagi tentang malware dengan lebih mendalam.

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016