Sejarah latar belakang Secret Service Amerika
Aku bukanlan pakar dalam bidang sejarah ni, apa yang aku tulis ni cuma terjemahan daripada pembaca buku The Secret Service: The Hidden History of an Enigmatic Agency oleh Philip H. Melanson. Sebahagian daripada buku ni boleh didapati percuma dari Google Book.
Secret Service Amerika (S.S) pada asalnya ditubuhkan untuk menangani masalah pemalsuan wang (currency counterfeiting). SS menjadi senjata penting Perbendaharaan Amerika (US Treasury) sehingga 2003 apabila SS dipindahkan kepada jabatan baru ditubuhkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Department of Homeland Security).
SS pada awalnya disertai oleh perisik tidak rasmi kesatuan Ameria semasa Civil War. Kebanyakkannya mereka pakar penyiasat menawarkan khidmat mereka untuk kerajaan. Selepas perang, mereka ditugaskan mencari sumber duit palsu yang mana diaggarkan hampir 1/3 daripada duit yang wujud pada masa itu. Isu besar buat kesatuan pada masa itu.
Semasa pentadbiran Abraham Lincoln, SS tidak lagi wujud secara rasmi. Lincoln pada masa itu amat hampir membenarkan penubuhan SS oleh US Treasury sebelum mati dibunuh tahun 1865. Andrew Johnson, peganti Lincoln yang bertanggungjawab menubuhkan SS.
Kisah Pengarah SS pertama pula hanya biasa sahaja, tetapi peganti beliau iaitu Hiram C. Whitley banyak memperkenalkan proseduer baru dalam agensi sehingga mengubah SS menjadi agensi penyiasatan elit. Pekara ini banyak berkait dengan standard pengambilan agen tu sendiri. Kerana keupayaan mereka masa itu, kongres memberi kuasa kepada SS menyiasat kes penipuan dana kerajaan antaranya pencen veteran, penyeludupan, undi hantu. SS juga terlibat menentang Ku Klux Klan pada tahun 1870.
Tidak lama selepas itu, ada skandal melibatkan SS dan Kongres yang menyebabkan bidang kuasa SS hanya dalam jenayah kewangan. SS akhirnya dapat semula pengaruh mereka bermula tahun 1890, sebab itu dalam tempoh sama Presiden Garfield dibunuh (1881), SS tidak terlibat.
Pada tahun 1894, semasa SS menyiasat gang yang terlibat dengan pemalsuan wang, SS mendapat petunjuk yang gang tersebut mengugut President baru, Cleaveland. Pengarah SS pada masa itu mengarahkan agen SS menjaga keselamatan presiden walaupun bukan bidang tugas mereka buat masa itu dan dirahsiakan dari kongres dan US Treasury sendiri.
Namun, apabila Kongres dan US Treasury mengetahui hal ini, Pengarah SS dilucutkan jawatan atas sebab menyalahgunakan bajet dalam hal yang bukan bidang tugas SS pada masa itu. Tidak lama lepas itu, perang antara Sepanyol dan Amerika tercetus dan kogres pula mahukan Presiden dijaga. SS diberikan dana semantara dari tabung perang tahun 1898 untuk menjaga keselamatan Presiden Mckinley dan juga bertanggungjawab dalam counterIntelligence.
Apabila perang tamat dan dana telas habis, Pengarah SS sekali lagi tidak hiraukan arahan untuk hentikan operasi dan terus menjaga Presiden dengan dana SS sendiri. Namun, Presiden Mckinley masih lagi terbunuh. Walaupun begitu SS masih tidak lagi berhenti mengawasi Presiden baru biarpun banyak pihak termasuk kongres menyuruh SS menhentikan operasi. Akhirnya pada tahun 1906, bill diluluskan dan SS diberikan dana untuk menjaga Presiden.
Dalam buku tersebut menyatakan Kongres tidak bersetuju dengan idea Pengawal Presiden (Presidential Guard) kerana itu gambaran monarki dan presiden seperti raja. Kongres memperlekehkan idea ini sehinggalah kematian Mckinley.
Secret Service sekarang bawah Homeland Security selain dari tugas menjaga keselamatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden, SS banyak terlibat dengan Cyber Crime. Aku mula baca pasal SS ni lepas tengok movie Zero Days, kisah virus Stuxnet