DoTa 2 The Boston Major - Hari Ketiga Main Event | Suku-Akhir | 9 & 10 Disember

Semalam pukul 10.30 malam, 9 Disember berlangsungnya peringkat suku-akhir Dota 2 Boston Major 2016. Hari yang penuh dengan debaran dan kejutan, emosi dan harapan. 4 team akan melangkah ke separuh akhir, dan 4 pasukan lagi terpaksa meninggal pentas Boston Major.

Perlawanan antara Virtus.pro vs Evil Geniuses membuka tirai hari ketiga dengan game 1 didominasi penuh oleh EG. Walaupun ramai yang mengatakan VP sebagai calon juara, tetapi EG lebih nampak bersedia, hanya 19 minit diperlukan untuk memaksa VP menyerah kalah dalam game 1. Dalam game 2 selepas itu banyak dikuasai VP tetapi VP payah nak menyerang kubu EG walaupun kerapkali team fight dimenangi VP. Game 2 berlanjutan lebih dari 1 jam, setiap kesilapan boleh membawa padah, dan VP menerima padahnya apabila Divine Rapier dibeli No[o]ne dijatuhkan, EG mara ke separuh akhir, VP tersungkur akhirnya, harapan penyokong CIS berkubur.


Seterusnya perlawanan yang dinanti-nantikan penyokong DotA 2 Malaysia, WG.Unity menentang OG. Memang atas kertas, OG jauh lebih berpengalaman tetapi game 1 memihak WG.Unity dan berjaya mengatasi cabaran OG yang sedaya upaya bertahan. Tetapi dalam game 2 dan game 3, WG.Unity gagal mengekang penguasaan OG, dengan strategi yang lebih baik, OG berjaya mengekang kemaraan WG.Unity. Syabas untuk WG.Unity, walaupun gagal melangkah ke separuh akhir Boston Major, mereka telah mencapai sesuatu yang tidak disangka dan menunjukkan prestasi yang mengkagumkan. WG.Unity pulang dengan RM 554,181.25 (USD$ 125,000) dan kenangan yang mereka berlima takkan lupakan.


Giliran Team NP vs Digital Chaos, ramai yang mengharapkan perlawanan sengit antara 2 pasukan ini. Tetapi membuktikan mengapa mereka berjaya ke final The International dulu, dominasi dan outplayed, Team NP langsung tak bermaya melawan DC dengan siri berkesudahan 2:0 dalam masa kurang 50 minit secara keseluruhan. EE-sama, cuba lagi!

Perlawanan terakhir hari ketiga Main Event, sejujurnya perlawanan yang aku amat nantikan. Skuad singa greek, AdFinem menentang skuad diketuai lagenda DotA China, Xiao8 dari LGD.FY. Semangat dan emosi yang ditunjukkan pasukan Adfinem memang menggambarkan kerja keras setiap insan dalam mengharungi cabaran sebagai seorang pemain yang mahu menjadi profesional. Game 1 menunjukkan dominasi penuh AdFinem dan memaksa LGD.FY bertahan hampir keseluruhan game dan berjaya mendahului 1:0. Game 2 diteruskan, taktikal xiao8 menjadi, singa greek berjaya dijinakkan dalam masa 31 minit. Tiba masa untuk game penentuan, game 3 bermula dengan LGD.FY bermain lebih agressif dari minit pertama. Tetapi, bermula minit ketiga, AdFinem mula menunjukkan dominasi dan mengawasi pergerakan LGD.FY tetapi pengalaman pemain vateran LGD.FY berjaya mengekang sedikit kemaraan AdFinem yang sentiasa cuba meruntuhkan tembok pertahanan LGD.FY. Akhirnya selepas hampir 45 minit, LGD.FY tidak dapat lagi menghalang penguasaan AdFinem, GG. Singa Greek terus mengaum, hampir semua penonton bangun bersorak dengan kemenangan AdFinem dalam game yang penuh debaran.


Dalam masa sama, Major seterunya diumum akan berlangsung di Kiev, Ukraine dalam bulan April,2017. Kali pertama kejohanan anjuran Valve akan diadakan di wilayah CIS (The Commonwealth of Independent States).


Okay, 4 pasukan yang tersingkir hari ini berada dalam kedudukan 5-8, menerima RM 554,181.25 (USD$ 125,000).4 pasukan yang menang akan bertembung malam ni bermula pukul 10.30 malam, 10 Disember 2016. Peringkat separuh akhir antara Evil Geniuses vs OG dan Digital Chaos vs AdFinem. Format separuh akhir juga Bo3, dimana pasukan perlu menang 2 game dari 3 game. Kemudian, juara akan dinobatkan dalam perlawanan akhir yang akan dimainkan dengan format Bo5, perlukan 3 game kemenangan dari 5 game.

Siapakah akan menjuarai DotA 2 The Boston Major 2016 ?

Catatan popular daripada blog ini

8 pautan Google yang pengguna mesti tahu

DoTa 2 The Boston Major - Pusingan Penyingkiran 7 Disember 2016