Blog baru perlukan sokongan daripada anda semua! Ikuti RotiBeku di laman sosial untuk mendapatkan artikel terbaru! Jangan lupa tinggalkan komen dan boleh hubungi melalui email di dekulife@gmail.com

DoTa 2 The Boston Major - Hari Pertama Main Event | 7 & 8 Disember 2016

Hari pertama peringkat penyingkiran berlangsung pukul 11.00 malam tadi waktu Malaysia, dengan 4 pasukan layak ke suku-akhir Boston Major dan 4 pasukan lagi tersingkir. Semua siri dimainkan dengan format Best of 3, perlu menang 2 dari 3 game. Sebelum ini pada 3-5 Disember berlangsung peringkat kumpulan yang menentukan kedudukan setiap pasukan dalam peringkat penyingkiran ini.


Siri pertama di mulakan dengan King of CIS, Virtus.pro menundukkan iG Vitality. Walaupun penguasaan awal game 1 didominasi oleh iG Vitality tetapi apabila sampai pertengahan game Virtus.pro menunjukkan kenapa meraka adalah calon juara dengan team fight sentiasa menyebelahi mereka. Game 2 lebih rancak dengan dominasi team fight yang seimbang dan sentiasa bertukar tangan, tetapi selepas hampir sejam, iG Vitality tersungkur akhirnya.

Aksi Dota 2 disambung lagi dengan perlawanan antara 2 juara The International, Evil Geniuses vs Wings Gaming. Walaupun Wings dijangka menang tetapi Evil Geniuses lebih hebat dan menewaskan Wings dengan keputusan 2:0. Game 2 walaupun nampak bibik comeback dari Wings, tetapi Evil Geniuses menang jugak.


Pasukan dari Malaysia, WG.Unity antara yang layak ke peringkat seterusnya selepas menewaskan Complexity dengan keputusan 2:0. Push strat WG.Unity semalam menjadi dan mendominasi hampir keseluruhan babak dan hanya memerlukan masa 24 minit dalam game 1 untuk menundukkan Complexity. Game 2 pula, Nana dengan menggunakan Timbersaw sekali lagi memporak-perandakan Complexity dan selepas 31 minit, WG.Unity mengesahakan tempat meraka dalam suku-akhir Boston Major 2016. Sekurang-kurangnya mereka boleh pulang dengan RM 554,181.25 (USD$ 125,000) sekiranya tersingkir di suku-akhir.


Siri terakhir antara OG vs MVP Pheonix, aku tak dapat nak tengok sangat jadi tak boleh nak komen lebih, OG menang 2:0. Dengan siri tu, lengkaplah hari pertama Main Event semalam yang berakhir lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi. Pasukan yang tersingkir semalam tak balik dengan tangan kosong, setiap pasukan menerima RM 277,090.63 (USD$ 62,500).


Hari kedua Main Event pulak akan diteruskan pukul 11.00 malam ini,8 Disember 2016 waktu malaysia, . Bagi yang nak menonton, ada banyak pilihan antaranya menerusi Astro saluran 808, Twitch, Youtube Gaming, Facebook Live dan juga Dota TV (dalam client dota 2 tu sendiri), boleh semak di laman web boston major. Untuk info dan coverage media lain dan klip video boleh cek di wiki teamliquid, flickr pglesports atau macam biasa #BostonMajor atau #TheBostonMajor di Twitter. Siapa yang ada twitter tu boleh la follow twitter @rotibeku, senang nak follow post baru dalam blog rotibeku dan tweet menarik setiap hari.

Teruskan menyokong pasukan Dota 2 dari Malaysia, Wg.Unity